Selamat Datang

Selamat datang & semoga terhibur....

Selasa, 20 April 2010

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

> Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
> murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada
> kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
> permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
> kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",
> jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
>
> Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
> mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
> Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
> Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
> pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tent! u
> saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
> mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
> Selang beberapa saat, permainan berhenti.
>
> Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
> umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
> begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan
> kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang
> haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi
> kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
> cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa
> dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu
> tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
>
> "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
> tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa>
> rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
> yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
> materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
> sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
> menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya
> Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
>
> "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
>
> "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
> berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
> Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
>
> Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alterna tif dengan tongkat,dan
> lain-lain.
>
> Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
> Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."Murid-murid,
> begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan
> memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan
> menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
> dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
> dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
>
> "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
> kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
> Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
> tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
>
> kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
> dihancurkan. .."
>
> "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
> menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.
> Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
> meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
> mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
> semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
> dijalankan oleh musuh musuh kita... "
>
> "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
> murid- murid.
>
> "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang
> Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
> "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
> sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,
> mereka
>
> akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
>
> "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
> berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala
> anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
> masing-masing di kepalanya...
>
> RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
>
> TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
> HIDAY! AH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
> AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
>
> UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
> KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
> DIRI!!
>
> JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
> BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
> LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
> KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
>
> YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang
> bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam
> kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk
> dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR!!!!
>